Program

VIDEO MONTAJ DIARI RAMADAN SEORANG BANDUAN

Pada 1 Mei 2021, Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional UniSZA telah berjaya menganjurkan bual bicara Diari Ramadan Seorang Banduan bersama Ustaz Muhammad Solahudin bin Razali, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Penjara Marang, Terengganu sebagai panel jemputan program.

Seramai 293 orang peserta telah menyertai dan menjayakan bual bicara ini. Selain itu, bual bicara ini juga bertujuan untuk menyediakan platform yang bermanfaat kepada mahasiswa dan masyarakat supaya dapat mengetahui perjalanan kehidupan seorang banduan di penjara sepanjang bulan Ramadan.

Di samping itu, pihak penganjur juga telah menjalankan kuiz bertemakan 'Cinta Al-Quran'. Hasil daripada pertandingan kuiz ini, dapat dilihat bahawa para peserta mempunyai pengetahuan berkenaan Al-Quran yang luas di dalam diri mereka.

Akhir sekali, bual bicara ini diakhiri perasmian penutup oleh PP(K) Salman bin Lambak, Komandan Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional UniSZA. Beliau berharap agar bual bicara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang terutamanya kepada golongan mahasiswa yang bakal memimpin generasi yang akan datang selaras dengan apa yang dianjurkan oleh syariat Islam.








PROGRAM PASSION YOUR FITNESS: JUMPING ROPE

Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU), dan Persatuan Jump Rope Malaysia telah mengadakan Program Passion Your Fitness: Jumping Rope.

Program ini bertujuan untuk membina kefahaman lebih mendalam kepada mahasiswa/i dan orang awam mengenai aktiviti sukan lompat tali sebagai sebuah aktiviti yang mampu membantu mereka dalam mencapai gaya hidup yang lebih sihat serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Selain itu, program ini juga berhasrat melahirkan modal insan yang sihat tubuh badan dan cergas yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

Program ini telah dijalankan bermula 1 Mei sehingga 7 Jun 2021. Pada 5 Mei 2021 dan 11 Mei 2021, pada jam 9.00 PM sehingga 11.00 PM telah berlangsungnya sesi sembang santai bersama panel jemputan menerusi platform digital Facebook SISKOR UniSZA secara siaran langsung serta aktiviti pertandingan Passion Your Fitness: Jumping Rope diadakan mengikut lokaliti masing-masing. Di samping itu, program ini juga telah mengadakan sesi ‘giveaway’ yang telah ditaja oleh Jump Tera Fitness Malaysia bagi mempromosikan lagi sukan lompat tali ini kepada masyarakat.







PROGRAM DR’S WISDOM: A LIFE BEHIND THE BARS

Pada 19 Jun 2021, Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) telah mengadakan Program Dr’s Wisdom: A Life Behind The Bars. 

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai kehidupan di sebalik tirai besi semasa negara dilanda wabak COVID-19 terutamanya cara pengendalian wabak tersebut serta rawatan yang diberikan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membuka mata ahli SISKOR dan masyarakat umum di mana para banduan layak diberi layanan sewajarnya dari aspek kesihatan untuk mendapatkan rawatan di klinik penjara atau hospital yang berhampiran dengan penjara sekaligus menunjukkan keprihatinan kepada banduan-banduan yang mempunyai masalah kesihatan. 







PROGRAM INTERVENSI & PRE-RELEASE REPORT (PPR) BERSAMA ORANG DI PAROL (ODP) DENGAN KERJASAMA PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH KUALA TERENGGANU

Pada 24 Mac 2021, SISKOR UniSZA dengan kerjasama Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Sesi Pre-Release Report (PRR) dan Program Intervensi bersama beberapa Orang Di Parol (ODP) yang bertempat di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti dan Penempatan CSI di bawah seliaan para pegawai dari PPD Kuala Terengganu. Antara ahli anggota yang terlibat termasuklah Cik Siti Zubaidah, Cik Nurul Sakinah, Cik Siti Umiamira, Cik Shahrul Fahmy, Cik Muhammad Ihsan serta dipantau oleh Penyelia SISKOR UniSZA, Inspektor Penjara Tn. Mohd Hafiz Zakaria bin Abu Bakar.⁣
Sesi intervensi yang dilaksanakan melibatkan Orang Di Parol (ODP), iaitu penghuni penjara yang keluar dari penjara bagi menjalani tempoh parol. Ahli anggota SISKOR UniSZA turut melaksanakan khidmat kaunseling dalam sesi intervensi tersebut. ⁣
Melalui kunjungan ini juga pihak SISKOR UniSZA turut didedahkan dengan pengalaman melawat rumah keluarga penghuni yang akan ditawarkan program parol. ⁣
Selain itu, ahli anggota SISKOR UniSZA juga telah berpeluang melawat ke penempatan CSI bagi Parol di kawasan ladang sawit di mana mereka telah mendapat sedikit perkongsian motivasi dan sesi intervensi dari wakil ahli anggota SISKOR UniSZA sendiri. Mereka telah disambut dan menerima layanan yang baik daripada pihak pegawai-pegawai PPD Kuala Terengganu. ⁣
Tujuan tinjauan awal ini adalah bagi merencana program serta aktiviti berkaitan pemulihan ODP yang akan melibatkan kerjasama di antara Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Terengganu dan SISKOR UniSZA pada masa akan datang.⁣











PROGRAM "AWARENESS CAMPAIGN"

Pada 17 April 2021 (Sabtu), Siskor UniSZA siri 09 telah mengadakan “Program Awareness Campaign” secara hybrid bertempat di Pasar Payang dan Kompleks UTC serta di Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA). Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang awam dan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin meliputi semua peringkat umur.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i SISKOR dan masyarakat mengenai kepentingan institusi koreksional dalam membentuk masyarakat yang lebih integriti dan berwawasan. Selain itu untuk membuka peluang kepada mahasiswa/i menerapkan nilai inovasi seiring dengan nilai teras Naseem dalam melontarkan idea dan pandangan serta memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa/i berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat mengenal pasti tindakan yang boleh dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada umum dan menjadikan program ini sebagai satu medium komunikasi yang dapat menambah jaringan rangkaian mahasiswa/i SISKOR 09 dengan pihak luar.

Selepas itu, pelaksanaan program ini adalah para peserta akan turun padang untuk bersemuka bersama orang awam untuk mendapatkan maklum balas berkenaan pandangan mereka mengenai institusi koreksional iaitu dengan pergerakan wakil ahli ke lokasi yang ditetapkan dan meminta maklum balas berkaitan pandangan mereka mengenai institusi koreksional di Malaysia. Bukan itu sahaja, pengedaran risalah (brochure) dan poster yang mengandungi maklumat mengenai institusi koreksional diberikan kepada orang awam bagi berkongsi maklumat kepada orang awam. Selain itu, pelaksanaan sesi mini game dan petisyen juga telah diisi oleh orang awam.

Program ini juga turut diaksanakan secara atas talian iaitu sesi temu bual di platform digital bersama beberapa sukarelawan daripada kalangan orang awam serta pengedaran pamphlet mengenai institusi koreksional diberikan kepada sukarelawan yang ditemu bual.

Kesimpulannya, program ini telah dilaksanakan dengan sangat baik seperti mana yang telah dirancang oleh anggota SISKOR UniSZA yang berperanan sebagai duta jabatan penjara dengan bertanggungjawab untuk mengubah stigma dan pendapat umum mengenai pusat koreksional yang memberi kesan negatif kepada masyarakat.














PROGRAM MOTIVASI “SENTUHAN HATI”

Pada 14 April 2021, ahli anggota SISKOR UniSZA Siri 09 telah mengadakan Program Motivasi “Sentuhan Kasih” bertempat di Sekolah Tunas Bakti, Marang Terengganu. Seramai 39 orang ahli anggota (10 lelaki, 29 perempuan dan 4 pengiring) telah melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut. Program ini telah berlangsung pada jam 01.30 petang sehingga 08.00 malam.

Beberapa objektif telah disasarkan melalui Program Motivasi “Sentuhan Kasih” ini. Antaranya adalah untuk memimpin masyarakat terutamanya para pelajar sekolah tunas bakti dalam mencari sinar baru untuk kehidupan yang lebih baik. Seterusnya untuk melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan anggota SISKOR sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang boleh bersama-sama membantu menyasarkan objektif utama program ini.

Pada pukul 01.30 petang para pelajar telah berkumpul di foyer asrama dan menaiki bas pada jam 02.30 petang. Sebaik sahaja tiba di destinasi para pelajar SISKOR telah mendengar taklimat ringkas daripada pengetua Sekolah Tunas Bakti. Kemudian pada jam 03.00 petang sehingga 05.30 petang telah diadakan sesi aktiviti bersama pelajar di Sekolah Tunas Bakti. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi ice breaking dan mini game.

Tepat pada jam 05.30 petang, majlis penutup program telah dijalankan. Sedikit perkongsian rohani dan bacaan Al-Mathurat telah diadakan sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa dan diikuti dengan solat fardhu Magrib pada jam 07.15 malam sehingga 08.00 malam. Ahli anggota SISKOR telah bertolak pulang ke UniSZA pada jam 08.00 malam.  













PROGRAM PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE

Pada 17 April hingga 8 Mei 2021, Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) telah melaksanakan Pertandingan Tiktok Challenge bertemakan "Spread Positivity: Banduan Juga Seorang Manusia". Pertandingan ini terbuka kepada seluruh mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan orang awam sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i SISKOR dan masyarakat mengenai kepentingan institusi koreksional dalam membentuk masyarakat yang lebih integriti dan berwawasan. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk membuka mata ahli SISKOR dan masyarakat umum bahawa pertandingan ini sebagai satu medium komunikasi yang dapat menambah jaringan rangkaian mahasiswa/i SISKOR dengan masyarakat luar.

Selepas itu, syarat pertandingan ini adalah peserta hendaklah menghasilkan video bebas berdurasi 30-60 saat mengikut tema "Spread Positivity: Banduan Juga Seorang Manusia".

Antara contoh kandungan video adalah berkaitan Jabatan Penjara Malaysia. Peserta boleh menzahirkan kata kata semangat buat golongan banduan. Bukan itu sahaja, info grafik berkaitan pusat koreksional atau yang berkaitan juga boleh dilaksanakan.


Oleh hal demikian, berikut merupakan senarai nama para pemenang Pertandingan Tiktok Challenge yang dianjurkan oleh SISKOR UniSZA;

Kategori Mahasiswa UniSZA:

 Johan: Nur Najwa Nazmina binti Azman

 Naib Johan: Johari bin Julkipli

 Ketiga: Azah Atirah binti Mohamad Nawi

 Saguhati: Nur Amirah Izzah binti Aminudin & Aliah Hazirah binti Hassan

  

Kategori Orang Awam:


Johan: Farah Farzana binti Md Aziz

Naib Johan: Shahira Sarmila binti Saharuddin

Ketiga: Azira binti Bahri

Saguhati: Wan Adibah & Muhammad Syahril bin Azahir


Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pihak. Pihak kami juga ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.










 
Berikut merupakan video tiktok pemenang kategori pelajar UniSZA & kategori awam.

Kategori Pelajar UniSZA:


Tempat Pertama


Tempat Kedua


Tempat Ketiga

Kategori Awam:


Tempat Pertama


Tempat Kedua


Tempat Ketiga


PROGRAM KONVENSYEN SISKOR KEBANGSAAN: MENTALITI 

MASYARAKAT TERHADAP INSTITUSI MASYARAKAT 2021


Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi, Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional

(SISKOR) Siri 09 telah selesai dengan jayanya mengadakan Program Konvensyen

SISKOR Kebangsaan: Mentaliti Masyarakat Terhadap Institusi Penjara 2021.

Program ini telah berlangsung bermula 17 April sehingga 8 Mei 2021. Objektif

utama program ini diadakan adalah sebagai medium untuk berdiskusi mengenai

kepentingan Institusi Penjara melibatkan kepada isu-isu semasa yang dikupas dalam

konvensyen tersebut. Konvensyen ini turut menjalinkan kerjasama dengan universiti luar

negara seperti Universiti Muhammadiyah Sidoarjo, Indonesia, Universiti Prince of

Songkhla, Thailand, dan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Tun Hussein

Onn, Universiti Malaysia Kelantan, & Universiti Malaysia Perlis.


Terdapat banyak pengisian program & aktiviti yang berkesinambungan telah dilaksanakan

sepanjang konvensyen ini berlangsung antaranya ialah Tiktok Challenge & Awareness

Campaign. Pertandingan Tiktok Challenge yang bertemakan “#SpreadPositivity:

Banduan Juga Seorang Manusia” berlangsung dalam tempoh 20 hari bermula 17 April

sehingga 8 Mei 2021 & terbuka kepada dua kategori iaitu kategori mahasiswa universiti

dan kategori orang awam. Program Awareness Campaign: Caknakah Anda Tentang

Mereka Yang Di Sebalik Tirai Besi” telah berlangsung serentak di beberapa lokasi sekitar

negeri Terengganu & secara atas talian bertujuan untuk menyebarkan kefahaman &

membuka mata masyarakat mengenai isu mentaliti masyarakat terhadap institusi penjara

khususnya penghuni yang telah selesai menjalani hukuman di penjara. Para sukarelawan

kempen ini bertindak dengan mengumpulkan maklum balas berkaitan pandangan mereka

mengenai institusi koreksional di Malaysia. Pengedaran risalah (brochure) dan poster yang

mengandungi maklumat mengenai institusi koreksional diberikan bagi berkongsi maklumat

kepada orang awam.



Program konvensyen ini telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform

digital CISCO Webex Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan secara bersemuka

di Dewan Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Konvensyen telah dimulakan oleh

pengerusi program dengan pengenalan program serta tayangan video montaj sebelum

sidang berlangsung.


Sidang Pertama


Program Konvensyen SISKOR Kebangsaan diadakan pada 8 Mei 2021 bermula pukul

9.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet sebagai medium persidangan. Sesi pertama

persidangan konvensyen ini telah dikendalikan oleh saudari Nursafinah binti Mohamed Noor.

Tema bagi sesi pertama adalah "Mentaliti Masyarakat Terhadap Institusi Penjara 2021" dan

setiap pembentang telah diberi tajuk untuk memberi pandangan terhadap isu tersebut.

Pembentangan pertama telah dimulakan oleh saudari Nabilah Nailah Rahmah, wakil

pembentang daripada Muhammadiyah University of Sidoarjo, Indonesia. Seterusnya,

saudara Yamudin Saleeh, daripada Prince of Songkhla University Thailand & saudara

Muhamad Amir Hakim bin Hamizul, wakil Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi ruang kepada peserta untuk memberi

soalan kepada para pembentang.


Sidang Kedua


Konvensyen sesi 2 telah berlangsung pada hari yang sama sekitar pukul 10.30 pagi.

Konvensyen sesi ini telah dipengerusikan oleh saudari Azah Atirah binti Mohamad Nawi.

Tema bagi sesi kedua ini adalah "Solusi Isu-isu Mentaliti Masyarakat Terhadap Institusi

Penjara 2021" dan sebanyak lima tajuk diberikan kepada wakil pembentang untuk

mengupas isu tersebut. 3 orang wakil pembentang daripada Universiti Sultan Zainal

Abidin iaitu saudara Najmi Alif bin Abdul Jabbar, saudara Danial Hakim bin Rofai’ai,

dan saudari Nurul Atikah binti Mardarza. Manakala, wakil pembentang daripada

Universiti Malaysia Perlis iaitu saudari Siti Khairunnisa binti Missemari & saudari

Nurul Hamizah binti Ariffin daripada Universiti Utara Malaysia. Setelah itu,

konvensyen disambung dengan rancangan dan pelan masa hadapan. Institusi Penjara

dan diakhiri dengan sesi penggulungan daripada wakil setiap universiti tempatan

dan luar negara.


Sesi Ketiga


Bagi sesi yang terakhir ini, para peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz yang

telah disediakan berpandukan kepada tema dan tajuk yang telah dikupas. Hadiah berupa

wang tunai turut disediakan bagi 10 orang pemenang yang mendapat markah yang tertinggi.


Program Konvensyen SISKOR Kebangsaan ini mendapat maklumbalas yang baik daripada

para peserta dan diharapkan dapat meneruskan lagi program kesedaran sebegini pada

masa akan datang.


Saksikanlah video montaj sepanjang program ini berlangsung.




























PROGRAM GLOBAL DISCOURSE 1.0: CORRECTIVE ISSUES AND PROSPECT



           Pada 17 Julai 2021, SISKOR UniSZA telah mengadakan Program International Symposium On Prison and Reform System iaitu Global Discourse 1.0: Corrective Issues and Prospect secara atas talian melalui platform medium Facebook. Program ini telah dijalankan bagi menggalakkan interaksi dikalangan mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dari dalam mahupun luar negara . Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik di mana ia telah mendapat penyertaan seramai 400 orang sepanjang program ini berlangsung.


          Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan mahasiswa untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan inovasi bagi institusi koreksional di Malaysia, meletakkan Universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam mencapai Universiti Bertaraf Dunia (World Class University), mewujudkan usahasama antarabangsa antara negara-negara yang mempunyai sistem koreksional bertaraf tinggi dan kadar kecekapan tinggi, dan menjadikan program ini sebagai suatu medium untuk memperkenalkan SISKOR sebagai penyalur maklumat atau duta penjara yang berpegang kepada slogan “Ke Arah Dihormati dan Menjadi Rujukan Masyarakat”  dalam mencetuskan penerimaan positif  masyarakat terhadap para bekas banduan.


            Melalui program ini, sesi Kolokium dan Simposium telah dilaksanakan. Program Global Prison Discourse 1.0: Corrective Issues and Prospects telah dibuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang berkait rapat dengan hal-hal kepenjaraan dan sistem koreksional seperti NGO Kesukarelawanan, pasukan sukarelawan ini seluruh IPTA di Malaysia, mahasiswa serta penyelidik yang berminat menyumbang kepada sistem kepenjaraan di Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 4 bulan di mana bulan pertama (April hingga Mei) adalah tempoh hebahan kemudian diikuti tarikh pengumuman tema yang disusuli dengan tempoh persediaan oleh para peserta selama sebulan untuk menyiapkan idea dan kaedah pelaksanaan inovasi. Peserta perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan menghantar rumusan inovasi mereka sebelum tarikh yang ditetapkan. Seterusnya, bulan Julai telah menjadi kemuncak program ini dimana penghantaran video dan rumusan peserta dijalankan melalui platform yang ditetapkan penganjur kemudian acara akhir program ini telah dilaksanakan menerusi platform digital (Cisco Webex) di mana pihak pengajur telah mempamerkan pembentangan oleh pasukan-pasukan yang menunjukkan inovasi terbaik.


       Seterusnya, Program International Colloquium On Malaysian Affairs (ICOMA) 1.0:  Prison and Correctional Facilities adalah program yang melibatkan wakil-wakil persatuan mahasiswa Malaysia yang berada di luar negara seperti Malaysia Student Association of France, Malaysia Student Association of Germany dan sebagainya bersama pegawai penjara dan pusat koreksional yang berpengalaman untuk mengadakan diskusi berilmiah berkenaan isu semasa di penjara di Malaysia. Program ini telah memberi pendedahan dan menerima input secara dua hala daripada pegawai penjara terhadap isu di Malaysia dan wakil persatuan mahasiswa Malaysia berkenaan sistem dan isu yang timbul di negara-negara mahasiwa tersebut. Aktiviti ini telah mengumpulkan info untuk diajukan kepada Jabatan Penjara Malaysia bagi tujuan penelitian dan tindakan penambahbaikan susulan.


         Program ini merupakan salah satu usaha dan strategi penting untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa kepimpinan, berdedikasi, berdaya saing, kreatif serta memiliki daya tahan yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam meneruskan pemerkasan dan pemantapan untuk menerajui negara pada masa hadapan.


Link pautan rakaman video semasa program berlangsung:













PROGRAM JALAN IJTIHAD WANITA: MENYANTUNI JIWA YANG PERNAH TERLEKA

Pada 10 April 2021 (Ahad), SISKOR UniSZA Siri 08 telah mengadakan Program Jalan Ijtihad Wanita: Menyantuni Jiwa Yang Pernah Terleka secara atas talian melalui medium platform digital iaitu Facebook. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) UniSZA dan Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Islam Dan Syariah (PERISYA) UniSZA. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik meliputi semua peringkat umur khususnya para mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengubah tanggapan negatif masyarakat terhadap insan-insan yang pernah menjadi penghuni pusat-pusat pemulihan akhlak di samping berkongsi kisah perjuangan wanita di pusat pemulihan akhlak menghadapi pelbagai cabaran dalam mencari kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan sebagai teladan kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, program ini juga memupuk nilai insaniah dalam masyarakat agar dapat membentuk kelompok masyarakat yang lebih prihatin dan sentiasa memberi peluang, sokongan serta dorongan sesama insan dalam mengharungi ijtihad diri ke arah yang lebih baik.

Selain itu, aktiviti utama dalam program ini ialah forum yang membincangkan perkara-perkara ilmiah yang berkaitan dengan keagamaan dan ketuhanan yang dapat menjentik jiwa masyarakat agar lebih mendekatkan diri ke arah memberi manfaat kepada insan lain. Seterusnya, program ini turut memberi ruang kepada masyarakat untuk melihat sisi kehidupan yang dapat menjadi teladan kepada diri masing-masing agar dapat melahirkan dan membentuk lebih ramai individu serta kelompok masyarakat yang sentiasa menyantuni insan-insan yang memerlukan sokongan.

Program ini telah berjalan lancar dengan bantuan panel jemputan iaitu Prof Madya To’ Puan Dr Nizaita Binti Omar iaitu Pengarah Pusat Pengajian Teras, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dilengkapi dengan moderator daripada ahli SISKOR UniSZA siri 08 iaitu Saudari Siti Shulayaiha Binti Manap. Di akhir program ini, video montaj telah ditayangkan kepada para peserta dan diikuti dengan bacaan Surah Al Mulk sebagai penutup program ini.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan sangat baik seperti mana yang telah dirancang oleh anggota SISKOR UniSZA yang telah berusaha sehabis baik dalam mengangkat amanah untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap insan-insan yang pernah tersilap langkah dan membentuk masyarakat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka agar setiap kelompok masyarakat itu bersifat terbuka dan memberi ruang kepada insan-insan ini untuk melangkah maju dari kehidupan gelap mereka. 





FORUM ISRA' MIKRAJ

Pada 11 Mac 2021, Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) UniSZA dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) UniSZA, Kelab Astronomi UniSZA, dan Kelab Explorasi Ilmu (E-Ilmu) telah mengadakan sebuah Forum Mahasiswa: "Teroka Malam Isra' Mikraj Rasulullah SAW" secara langsung melalui Facebook Live SISKOR UniSZA. Program tersebut telah ditonton oleh seramai 1,700 orang termasuk pelajar UniSZA dan orang awam, dan mendapat 373 tanda suka serta 121 perkongsian yang turut berkongsi sesi live tersebut kepada komuniti luar melalui halaman facebook masing-masing.

Program ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam yang telah menampilkan tiga orang panel jemputan iaitu panel pertama adalah saudara Ahmad Hariz bin Bely yang merupakan Presiden Kelab Astronomi UniSZA. Seterusnya, panel kedua adalah saudara Ahmad Baihaqi bin Mohd Fadzil merupakan Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI), Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM Malaysia dan panel jemputan ketiga adalah saudara Ali Azfar bin Khairul Faiz yang merupakan Naib Yang Dipertua Kelab Explorasi Ilmu (E-Ilmu). Manakala moderator program telah diambil alih oleh saudara Cik Afiq Syahmi bin Zuraidi yang merupakan ahli anggota SISKOR UniSZA Siri 02.

Forum Mahasiswa ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi kepada masyarakat tentang perjalanan Isra’ Mikraj Rasulullah SAW pada malam 27 Rejab 622 Masihi. Selain itu, program ini juga dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang perkaitan peristiwa Isra’ Mikraj dari sudut ilmu Astronomi Islam. Melalui program seperti ini, ia juga dapat melahirkan masyarakat dan pelajar yang menghargai pengorbanan Rasulullah SAW ketika baginda menghadapi peristiwa Isra’ Mikraj dimana ia merupakan tahun kesedihan kepada baginda yang telah kehilangan dua insan tersayang iaitu isteri baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Di akhir perkongsian, para panel telah memberikan beberapa nasihat kepada para penonton yang mana saudara Ahmad Hariz mengatakan bahawa ilmu dan agama tidak dapat dipisahkan dan perlulah seimbangkan akal dan ilmu wahyu dalam kehidupan. Selain itu, saudara Ahmad Baihaqi berpesan agar setiap muslim mestilah mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra’ Mikraj yang mana perkara baik diambil sebagai teladan manakala perkara buruk diambil sebagai pengajaran pada masa akan datang. Saudara Ali Azfar turut menasihatkan para penonton agar menjaga kewajiban solat kerana solat merupakan ibadah paling agung dan Nabi sanggup bersusah payah bermunajat kepada Allah supaya dikurangkan bilangan solat. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

Pihak SISKOR UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini. Semoga para penonton mendapat kebaikan dan memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada pengisian yang telah dikongsikan oleh para panel. Pihak penganjur turut berpuas hati kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya serta mendapat maklum balas yang sangat baik daripada para penonton. 








PROGRAM REALITI ILMU AGAMA DAN AGAMA DI SEBALIK TABIR

Pada 15 dan 16 Januari 2021, SISKOR UniSZa Siri 09 telah mengadakan Program Realiti Ilmu Dan Agama di Sebalik Tabir secara atas talian melalui platform medium Facebook. Program ini telah dijalankan sempena projek akhir bagi Skuad SISKOR 09 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP). Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik di mana ia telah mendapat penyertaan seramai 345 orang sepanjang 2 hari program ini dijalankan.

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk melatih diri melengkapkan tugasan lebih awal daripada perancangan dengan mewujudkan pelan dan jadual waktu untuk menyiapkan tugasan dalam kertas cadangan projek, mempamerkan bukti jelas tentang pengetahuan dan pemahaman dalam melaksanakan projek, mempamerkan laporan projek yang mempunyai nilai moral yang tinggi, memberi pendedahan kepada mahasiswa/i dan pelajar sekolah mengenai kepentingan ilmu berdasarkan modul koreksional yang digunakan di pusat koreksional, dan menjadikan program ini sebagai suatu medium untuk memperkenalkan SISKOR sebagai penyalur maklumat atau duta penjara yang berpegang kepada moto “Ke Arah Dihormati dan Menjadi Rujukan Masyarakat”  dalam mencetuskan penerimaan positif  masyarakat terhadap para bekas banduan.

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah sebanyak 3 sesi forum yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari pertama, 2 sesi forum dilaksanakan manakala pada hari berikutnya pula berbaki satu forum. Forum Sesi 1 pada hari pertama bermula pada pukul 9 pagi mengenai tajuk "Peluang Kesukarelawanan dan Penghayatan Ilmu Di Pusat Koreksional". Panel yang dijemput iala Ketua Inspektor Badruddin Bin Abu Bakar yang merupakan pegawai daripada Pusat Koreksional Perlis. Beliau merupakan Pegawai Latihan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Perlis dan kini bertugas sebagai Pegawai Penyelaras Siskor UniMAP. Moderator forum Sesi tersebut ialah Saudari Siti Nur Fatihah binti Usman@Yusiami yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Satu Jurusan Bio Perubatan. Pada sesi ini peserta menerima banyak maklumat baharu mengenai akademik dan peluang kesukarelawanan. Sebelum tamatnya forum sesi pertama ini, moderator mempelawa para peserta yang terlibat untuk menyertai pertandingan kuiz melalui link yang disediakan oleh pihak penganjur.

Seterusnya, forum Sesi 2 pula membincangkan tajuk "Menyelusuri Agama Di Pusat Koreksional". Forum Sesi 2 bermula pada pukul 2:45 petang dan berakhir pada pukul 5:00 petang. Moderator yang ditugaskan pada sesi ini ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Satu iaitu saudara Wan Muhd Ikhwan bin Wan Mohd Tahar yang merupakan pelajar ISM jurusan Usulludin dan Kaunseling (USUK). Ahli panel yang dijemput ialah Ustaz Khairul Azman Bin Md Saad iaitu Pegawai Agama yang bertugas di Pusat Koreksional Perlis. Beliau juga merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengisian forum sesi 2 ini memfokuskan mengenai bagaimana institusi agama ini berfungsi serta apakah kepentingannya dalam membentuk sahsiah para penghuni. Ahli panel telah berkongsi tentang bagaimana peranan agama dalam menangani masalah sosial yang berlaku serta pengalaman beliau ketika bertugas di Pusat Koreksional tersebut. Sebelum berakhirnya forum, Saudara Ikhwan tidak lupa untuk mempelawa para peserta untuk  menjawab kuiz yang disediakan di ruangan komen.

 Pada hari berikutnya iaitu 16 Januari 2021, forum sesi terakhir telah dilaksanakan tepat pukul 9:30 pagi. Pihak penganjur telah menjemput dua orang ahli panel daripada Indonesia iaitu Cik Nurlaila Yukamujrisa, Program Manager of Child Rehabilitation dan Encik Ade Tri Widodo, pengasas kepada Gerakan Freesoner. Pengisian forum pada sesi ini memfokuskan mengenai pendidikan para banduan kepada masyarakat. Moderator yang bertugas ialah saudari Azah Atirah Binti Mohd Nawi yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Kerja Sosial. Bukan itu sahaja, kandungan forum terakhir ini banyak mengupas tentang pusat rehabilitasi serta bagaimana sistem jenayah bagi kanak-kanak di bawah umur berfungsi. Ahli panel juga menerangkan mengenai perbezaan serta kelemahan sistem pendidikan di Indonesia dan Malaysia. Setelah tamatnya sesi ini, tayangan video pendek mengenai penjara telah disaksikan oleh tetamu jemputan sebagai tatapan sebelum majlis perasmian berlangsung. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Kehormat Siskor UniSZA, Encik Salman Bin Lambak.  Kesimpulannya, program ini telah dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang telah dirancang.

 






 


RAHSIA DI SEBALIK TIRAI BESI

Pada 9 Januari 2021, ahli anggota SISKOR Kampus Kota telah menganjurkan Program Rahsia Di Sebalik Tirai Besi yang melibatkan Penolong Kanan Komisioner Zulia binti Khamis @ Ahmad Kamil, Timbalan Pengarah Bahagian Agama, dan Kaunseling dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia sebagai panel jemputan.

Seramai 842 orang peserta telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program tersebut. Program ini merupakan salah satu platform yang memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendedahkan kehidupan sebenar para banduan di sebalik tirai besi melalui perbincangan dan perkongsian oleh panel jemputan.

Sepanjang program ini dijalankan, penganjur telah menyediakan beberapa soalan kuiz bertemakan ‘Cinta Negara’ dan 20 cabutan bertuah kepada para peserta. Pertandingan kuiz ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan peserta berkenaan sejarah dan budaya di Malaysia.

Seterusnya, sesi Sharing SISKOR juga dijalankan sepanjang program ini berlangsung di mana sesi tersebut telah dikendalikan oleh saudara Afiq Syahmi bin Zuraidi dan saudari Noriesha Najwa binti Anuar. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Dr. Abdullah bin Ibrahim, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA. Beliau menaruh harapan agar program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sebagai kesimpulan kecil daripada program ini, masyarakat perlu mengetepikan stigma negatif terhadap bekas banduan dan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan kehidupan baharu. Pemulihan insaniah yang dilalui oleh banduan-banduan ini adalah langkah terbaik dalam mengembalikan mereka ke dalam kelompok masyarakat dalam keadaan yang ‘bersih' kerana bekas banduan ini juga adalah sebahagian daripada masyarakat di negara ini.

 


 

 

 

UNISZA HERO KOMUNITI PERDANA: UNISZA CAKNA

Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA telah menganjurkan Majlis Pelancaran Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman UniSZA (MKK) dan Perwakilan Pelajar Beruiform UniSZA (PPBU). Program ini telah diadakan secara berfasa iaitu dua fasa di mana fasa pertama diadakan pada 29 Disember 2020 manakala fasa kedua diadakan pada 8 Januari 2021.

Program ini merupakan sebuah program kesukarelawanan di mana pelajar – pelajar yang terlibat menjalankan aktiviti kesukarelawanan sambil berkomunikasi dengan komuniti. Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan termasuklah gotong – royong kawasan kampung, mengecat, menghias, serta sumbangan face mask dan hand sanitizer. Di samping membantu pihak komuniti, program ini juga membantu para pelajar yang terlibat dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dengan masyarakat.

Program ini telah dijalankan secara serentak satu Malaysia. Disebabkan oleh ramai pelajar berada di rumah masing – masing, sebahagian daripada mereka telah mewakili negeri masing – masing termasuklah Selangor, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak, dan lain – lain. Beberapa orang ahli anggota SISKOR turut melibatkan diri dalam menjayakan program ini. Bagi pelajar yang berada di UniSZA, mereka turut melibatkan diri dengan menyaksikan siaran langsung yang telah diadakan di Dewan Al – Mukhtafi Billah Shah (DABS).








 


PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA SISKOR DAN PAROL

Pada 15 Januari 2021, ahli anggota SISKOR Siri 08 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, serta Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) telah menganjurkan program Sembang Santai Bersama Siskor Dan Parol yang dijalankan secara langsung melalui Facebook Live PPBU UniSZA. Program tersebut telah ditonton oleh seramai 1,250 orang termasuk pelajar UniSZA dan orang awam dan mendapat 150 likes serta 389 perkongsian yang turut berkongsi sesi live tersebut kepada komuniti luar melalui halaman facebook masing-masing.

Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang usaha-usaha koreksional yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam memulihkan para banduan sepanjang mereka berada di dalam penjara. Melalui program ini juga, ia dapat memberikan maklumat dan perkongsian pengalaman hidup serta liku-liku yang dihadapi oleh para banduan ketika berada di sebalik tembok. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu usaha bagi SISKOR sebagai duta kecil penjara dalam mengubah stigma negatif masyarakat yang selalu memandang serong terhadap banduan ataupun bekas banduan dan tidak menerima mereka.

Sembang Santai Bersama SISKOR Dan Parol ini merupakan salah satu aktiviti perkongsian bersama ODP (Orang DiParol). ODP ialah banduan insaf yang telah membuktikan usaha mereka untuk pulih sewaktu menjalani hukuman di penjara. Ia dinilai melalui prestasi koreksional pembelajaran termasuk displin tingkahlaku oleh Jabatan Penjara sepanjang menjalani hukuman penjara. Mereka (ODP) yang dipilih dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani baki hukuman di rumah dibawah pengawasan Pegawai Parol bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Program ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang menampilkan seorang Pegawai Parol daripada Pejabat Parol Daerah Kemaman iaitu Tuan Junaidi bin Mohamad sebagai panel 1, manakala Orang DiParol (ODP), Ahmad (bukan nama sebenar) sebagai panel 2 bagi program tersebut. Pada akhir perkongsian, saudara Ahmad telah menasihatkan para penonton untuk menjadi diri sendiri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat dan sentiasa perbaiki diri serta bersabar dengan segala ujian yang menimpa kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Manakala, Tuan Junaidi berharap agar SISKOR terus menjadi duta kecil penjara dan sebagai duta kepada masyarakat dalam membantu insan-insan yang terpesong untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sesi soal jawab juga turut diadakan bagi memberi peluang kepada para penonton untuk bertanyakan soalan kepada panel mengenai banduan, ODP, dan sebagainya. Pihak penganjur turut berpuas hati kerana program tersebut berjalan dengan lancar serta mendapat maklum balas yang sangat baik dan positif daripada para penonton.

 








 

SISKOR CREATIVE WEEK

Pada 4 hingga 17 Januari 2021, Program Siskor Creative Week telah dilaksanakan secara atas talian sebagai projek sampingan yang dirancang oleh ahli anggota SISKOR Kampus Kota Siri 02 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA. Slogan “Stay at Home” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 telah mencetuskan idea untuk menjayakan program ini iaitu menggunakan teknologi dengan berkesan dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Seperti yang dirancang, objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat dan potensi dalam kalangan ahli anggota SISKOR dengan melibatkan diri dalam pertandingan yang dianjurkan serta meningkatkan tahap kemahiran yang produktif. Bukan itu sahaja, program ini juga mempamerkan laporan projek yang mempunyai nilai moral yang tinggi serta mempamerkan bukti yang jelas tentang pengetahuan serta pemahaman dalam melaksanakan projek. Antara kandungan program ini ialah “Creative Video Contest” bertemakan “Ke Arah Dihormati dan Menjadi Rujukan Masyarakat”.

Pada akhir program ini, para peserta telah menyerahkan hasil kerja mereka kepada Ahli Jawatankuasa Tugas Khas melalui platform Google Drive untuk penilaian akhir oleh para juri yang telah dilantik. Pengumuman pemenang dilakukan selepas 3 hari tempoh tarikh penyertaan ditamatkan. Hadiah berupa wang tunai telah diterima oleh pemenang tempat pertama, kedua, ketiga serta saguhati yang terbahagi kepada seorang peserta.








 


ART MESSAGE

Pada 26 Disember 2020 hingga 6 Januari 2021, buat julung kalinya Program Art Message dilaksanakan secara atas talian sebagai projek sampingan SISKOR Siri 09. Program ini ialah pertandingan penghasilan mesej berkarya bertemakan “Pandemik COVID-19”. Program ini telah dijadikan sebagai platform bagi mencungkil bakat kesenian dalam kalangan mahasiswa/i UniSZA.  Program ini dianjurkan oleh SISKOR Siri 09 UniSZA dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA.

Program ini bertujuan untuk menjadikan mahasiswa/i UniSZA lebih kreatif dalam memberikan mesej positif melalui karya seni kepada masyarakat umum di samping menyerlahkan serta mengasah bakat seni yang terpendam dalam diri. Bukan itu sahaja, objektif program ini juga adalah untuk membentuk seseorang individu yang mempunyai pemikiran yang positif serta mampu menyebarkan manfaatnya kepada masyarakat sekeliling.

Selain itu, program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu digital dan manual. Para peserta diberi pilihan untuk menyertai salah satu kategori sahaja. Antara karya yang dipertandingkan dalam program ini ialah poster, komik dan doodle. Dari segi digital, para peserta bebas menggunakan apa-apa aplikasi untuk menghasilkan karya masing-masing manakala dari segi manual pula peserta perlu menggunakan lukisan tangan sendiri.

Hasil karya para peserta dinilai oleh para juri yang dilantik serta hasil undian oleh ahli anggota SISKOR Siri 09 melalui link Google Form yang telah disediakan. Seramai 14 orang pemenang yang telah dipilih iaitu 7 orang daripada kategori digital dan 7 orang lagi daripada kategori manual. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai beserta sijil digital. Bagi setiap peserta yang berdaftar, mereka telah menerima sijil penyertaan digital.

 







BENGKEL PREMIER PRO

Program “Bengkel Premier Pro” merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh ahli anggota SISKOR Siri 01 Kampus Kota yang diadakan secara atas talian melalui Google Meet pada 19 December 2020. Program ini telah melibatkan seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada ahli unit Media SISKOR (MESIS), ahli jawatankuasa multimedia dari setiap badan beruniform UniSZA, dan peserta luar.

Pelaksanaan program ini bertujuan mendedahkan ilmu kepada mereka yang berminat dalam bidang multimedia termasuklah perkara-perkara asas dan teknik-teknik dalam penyuntingan video, khususnya dengan menggunakan perisian Adobe Premiere Pro.

Ilmu yang telah dikongsikan amat berguna terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan sesebuah organisasi bagi meningkatkan lagi kemahiran teknologi maklumat (IT) yang kian berkembang mengikut peredaran masa. Terdapat beberapa kelebihan yang diperoleh oleh mereka yang terlibat dalam program ini. Antaranya ialah mereka dapat mengetahui dan memahami tentang penggunaan teknologi maklumat dengan lebih terperinci. Pada masa yang sama, para peserta juga dapat melatih diri mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif semasa menjawab soalan-soalan kuiz yang terdapat di platform Quizzziz. Bagi meningkatkan lagi semangat para peserta, hadiah juga turut disediakan kepada mereka yang berjaya memperoleh tempat pertama,kedua, dan ketiga dalam kuiz tersebut.

Secara keseluruhannya, para peserta yang terlibat dalam Program "Bengkel Premier Pro" ini amat beruntung kerana mereka berpeluang untuk menimba pengalaman baru dalam menyertai program-program yang berunsurkan perisian yang amat diperlukan pada masa kini. Tambahan pula, ilmu yang dipelajari ini juga dapat membantu mereka dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang berkaitan dengan penyuntingan video. Bagi mengakhiri program ini, slot cabutan bertuah diadakan kepada 25 orang peserta yang bertuah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.



 


PERTANDINGAN VIDEO KREATIF (BLAST AND FIT)

Blast and Fit ialah pertandingan video workout kreatif dan ia merupakan suatu program baharu hasil cetusan idea daripada ahli anggota SISKOR. Tema video tersebut ialah Sihat Bersama SISKOR.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Komuniti serta kepada ahli SISKOR seluruh IPTA di Malaysia. Para peserta perlu menghantar video rakaman mereka sendiri membuat aktiviti tersebut dan video tersebut berdurasi tidak melebihi 3 minit. Bagi peserta yang terdiri daripada ahli SISKOR seluruh IPTA, mereka perlu menghantar video SENTAP termasuklah Jurus 15 dan Tari Waja.

Beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu mereka hendaklah mengikut tajuk/tema yang telah disediakan oleh pihak penganjur, memuat naik video pertandingan di media sosial masing-masing dengan tag Instagram SISKOR berserta hashtag, dan tempoh pelaksanaan video tersebut ialah selama seminggu bermula 26 November 2020 hingga 2 Januari 2021.

Proses penilaian juri dan pemilihan pemenang dijalankan pada 3 Januari 2021 sehingga 6 Januari 2021. Para pemenang dipilih berdasarkan jumlah like diterima serta kualiti hasil video. Keputusan para pemenang telah diumumkan di media sosial rasmi SISKOR pada 7 Januari 2021. Berikut merupakan para pemenang Pertandingan Video Kreatif:

a)      KATEGORI TERBUKA


JOHAN: Nur Akmal Zahiah binti Mohd Fazlal


NAIB JOHAN: Johari bin Julkipli


KETIGA: Muhammad Hafizuddin Farhan bin Zam Zam

b)      KATEGORI AHLI SISKOR


JOHAN: Ainul Adilah Afikah binti Wahialkhan


NAIB JOHAN: Maizatul Mua’faf binti Mustapa Kamal


KETIGA: Aishatun Rodhiah binti Omar



 

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (SPLASH YOUR ART)

Splash Your Art ialah pertandingan melukis poster bertemakan COVID & Penjara. Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat rakyat Malaysia dan mahasiswa/i yang mempunyai bakat dan ingin mencuba dalam bidang seni. Selain itu, program ini mampu meningkatkan semangat jati diri dalam komuniti sekaligus memberi semangat kepada barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh COVID-19.

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu kategori remaja berumur 13-17 tahun dan kategori belia iaitu 18 tahun dan ke atas. Beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak penganjur termasuklah para peserta hendaklah mengikut tajuk/tema yang telah disediakan oleh pihak penganjur, poster yang dihasilkan dimuat naik di media sosial masing-masing dengan tag Instagram siskor beserta hashtag, dan para peserta diberi tempoh perlaksanaan melukis poster selama seminggu bermula 26 November 2020 sehingga 2 Januari 2021.

Proses penilaian juri dan pemilihan pemenang dijalankan pada 3 Januari 2021 sehingga 6 Januari 2021. Para pemenang dipilih berdasarkan jumlah like diterima serta kualiti poster yang dihasilkan. Keputusan para pemenang telah diumumkan di media sosial rasmi SISKOR pada 7 Januari 2021. Berikut merupakan para pemenang Pertandingan Melukis Poster:

a)      KATEGORI 13 – 17 TAHUN


JOHAN: Nur Farah Izzati binti Asrul Effendi


NAIB JOHAN: Danila binti Mohd Razi


KETIGA: Nurain Syazwani

b)      KATEGORI 18 TAHUN KE ATAS


JOHAN: Fatin Nurnabila binti Mohd Dziaudin


NAIB JOHAN: Ainul Adilah Afikah binti Wahialkhan


KETIGA: Azah Atirah binti Mohamad Nawi




PROGRAM KISAH DI SEBALIK TEMBOK

Pada 11 dan 12 Disember 2020, seramai 3,900 orang penonton termasuk pelajar UniSZA dan orang awam telah mengikuti program bual bicara Kisah Di Sebalik Tembok yang diadakan secara langsung melalui Facebook SISKOR UniSZA. Program ini merupakan anjuran ahli anggota SISKOR Siri 08 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, SISKOR dari seluruh Universiti Awam serta sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Antara objektif program ini adalah supaya ahli anggota SISKOR melibatkan diri secara aktif dalam menyatakan idea ketika menyediakan kertas cadangan yang bersesuaian dan membantu dengan berkesan dalam mencapai objektif program serta melengkapkan laporan projek yang mempunyai nilai kesukarelaan yang tinggi. Seterusnya adalah untuk membuka mata dan minda masyarakat tentang peranan dan tugas pegawai penjara melalui pemulihan banduan ketika mendepani pandemik COVID-19 terutama di Kluster Tembok dan Kluster Tawau. Selain itu, melalui program seperti ini juga dapat menaikkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan memperluaskan kerjasama dua hala antara SISKOR UniSZA dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan SISKOR di IPTA lain dalam usaha sama menaikkan nama SISKOR sebagai duta Jabatan Penjara Malaysia supaya lebih dikenali oleh masyarakat luar.

Program ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Program Kisah Di Sebalik Tembok Siri 1 menampilkan Tuan Khoirol Zariman Bin Mansor selaku Timbalan Penguasa Penjara Alor Setar Kedah manakala pada Siri 2 menampilkan Tuan Faisal Bin Mohd Noor selaku Pengarah Penjara Tawau Sabah sebagai panel jemputan program. Kedua-dua siri ini telah membincangkan pengalaman dan bagaimana Pegawai Penjara sebagai barisan hadapan frontliner di penjara dalam mengawal dan menangani pandemik COVID-19 di dalam penjara. Program ini telah banyak mendapat maklum balas yang positif daripada penonton.



 


VIRTUAL CHARITY RUN: “LIGHTS UP 4 AL-AQSA”

Pada 1 December 2020, Kelab HALUANSiswa Nasional (HALUANSiswa), HALUANSiswa KUIS, HALUANSiswa KTD, Ikatan Kasih Ibrah (IKIB), dan SISKOR UniSZA dengan kerjasama Biro HALUAN Palestin telah melaksanakan sebuah acara larian amal “Lights Up 4 Al-Aqsa” dengan bermatlamat untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri umat Islam terutamanya golongan mahasiswa bagi membangkitkan pertahanan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa yang mulia. Di samping itu, program ini juga dianjurkan bagi mengumpul bantuan dana untuk disalurkan kepada Palestin.

Virtual Charity Run: “Lights Up 4 Al-Aqsa” ini merupakan program kerjasama pertama antara SISKOR UniSZA dengan pihak penganjur iaitu Kelab HALUANSiswa Nasional (HALUANSiswa), HALUANSiswa KUIS, HALUANSiswa KTD, dan Ikatan Kasih Ibrah (IKIB). Program ini bertemakan “Menyalakan Pelita Di Baitulmaqdis” sebagai sebuah simbolik bahawa usaha larian amal ini diibaratkan seperti membawa minyak harapan untuk terus menghidupkan api pelita perjuangan di Baitul Maqdis.

Virtual Charity Run: “Lights Up 4 Al-Aqsa” bermatlamat untuk mengumpul dana dan bantuan kewangan untuk disalurkan kepada bumi Palestin. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran seluruh umat Islam fokusnya mahasiswa/i di Malaysia terhadap perjuangan mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dari genggaman musuh-musuh Islam.Selain itu, acara ini juga telah dianjurkan dengan tujuan untuk mendidik mahasiswa agar merasai kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan mental khususnya dalam keadaan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum pulih. Banyak kelebihan dalam aktiviti larian seperti dapat menurunkan tahap tekanan mental, meningkatkan motivasi diri, dan melancarkan pengaliran darah.

Seramai 478 orang peserta telah menyertai program ini. Penyertaan para peserta adalah dari golongan ahli SISKOR UniZSA dan masyarkat umum.
Para peserta yang menyertai program ini telah membuat larian sejauh 2 kilometer mengikut lokasi masing-masing. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 25 (Bib, Sijil, Medal, dan Pelitup Muka Eksklusif). Dengan setiap pembelian kit larian, para peserta telah menyumbangkan sebanyak RM 5.00 ke dalam tabung dana bantuan Palestin.

Ketua Biro HALUAN Palestin iaitu Dr Syed Haleem berkata, “Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai dan telah melengkapkan larian ini. Larian ini amat kecil berbanding perjuangan dan pengorbanan mereka yang berada di medan mempertahankan dan membebaskan masjid Al-Aqsa. Namun derap kasut-kasut dan nafas deras anda adalah tali hubungan dan tanda kebersamaan yang sangat bermakna bagi mereka yang terus menerus berdepan dengan kejahatan yahudi. Semoga Allah mengandakan kesungguhan kita dan kurniakan kejayaan dalam perjuangan ini dan melayakkan kita semua sebagai pejuang dalam membebaskan, dan direzekikan solat di Masjidil Aqsa dalam keadaan merdeka secepatnya.”









 



RITUAL MAULIDUR RASUL FORUM

Pada 29 Oktober 2020, Forum Bersama Murabbi iaitu Ritual Maulidur Rasul yang menerangkan tentang sirah hidup Rasulullah S.A.W telah berlangsung melalui platform digital Facebook SISKOR Unisza pada jam 9:00 malam. Progam ini dianjurkan oleh SISKOR UniSZA dan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA.

Program ini bertujuan untuk berkongsi kepada masyarakat tentang susur jalur kehidupan baginda Rasulullah S.A.W dan sunnah-sunnah ketika riwayat hidup baginda. Selain itu, program ini memberi pencerahan kepada masyarakat tentang sirah kehidupan baginda Rasulullah S.A.W dari awal kehidupan sehingga wafatnya baginda. Seterusnya, untuk membentuk masyarakat yang sentiasa mengingati pengorbanan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Akhir sekali, melahirkan masyarakat dan pelajar yang cintakan sunnah baginda dan mempraktikkannya.

Tetamu yang menyertai forum tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Bin Shafie yang merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, UniSZA. Seorang wakil SISKOR UniSZA iaitu Ahmad Hariz bin Bely telah berperanan sebagai moderator dalam sesi tersebut.
Pertandingan kuiz turut diadakan di mana selepas selesai sesi ceramah, link kuiz telah diberikan kepada para penonton. Seramai sepuluh orang yang telah berjaya dipilih untuk memenangi pertandingan kuiz tersebut.



 

 


BASIC NEURO LINGUISTICS PROGRAMMING

Neuro Linguistic Programming (NLP) ialah satu kaedah berimpak tinggi dimana seseorang dapat menggunakan mindanya pada peringkat yang terbaik. Ia adalah sistem pemikiran otak dan saraf (neuro) yang berfungsi melalui bahasa mengikut susunan tertentu (programming) yang akan ditunjukkan melalui kelakuannya. NLP adalah sebuah kajian mengenai kecemerlangan manusia hasil daripada pengalaman subjektifnya. NLP adalah satu teknologi bagaimana manusia menggunakan mindanya pada tahap yang lebih tinggi.

NLP telah dianjurkan oleh saudara Ahmad Naimi bin Zulkefli iaitu mantan pengarah SISKOR UniSZA yang telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Webex pada 10- 12 Ogos (Group 1) dan pada 17-19 Ogos (Group 2). Program ini telah disertai dan dihadiri oleh ahli serta Alumni SISKOR. En. Salman Bin Lambak yang merupakan penceramah NLP mempunyai pencapaian dalam Certified Master NLP Trainer. Kursus ini diadakan bertujuan bagi memberi peluang kepada ahli SISKOR untuk memahami dan pendedahan dalam ilmu pengetahuan khususnya dalam program NLP.  Objektif utama program ini diadakan ialah untuk membantu para peserta dari segi teknik berkomunikasi dengan lebih efektif.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penceramah sepanjang program NLP ini berlangsung. Terima kasih juga di atas kerjasama yang diberikan oleh ahli SISKOR dan alumni atas penglibatan dalam program yang dianjurkan ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan ilmu NLP ini dapat digunakan pada masa akan datang tidak hanya ketika bekerja malahan dalam kehidupan seharian.

 


 



ORIENTASI SISKOR SIRI 08


Program Orientasi SISKOR 08 telah diadakan di Kem Merang bagi pelajar-pelajar yang melepasi semua ujian untuk menjadi ahli SISKOR termasuk ujian fizikal serta temu ramah.

Banyak pengalaman yang diterima serta disiplin yang diterapkan dalam kalangan ahli-ahli SISKOR Siri 07 dalam proses merekrut ahli-ahli baru. 

Pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi menguji ketangkasan, ketetapan masa dan kerjasama antara ahli agar mereka terus menjadi rujukan masyarakat. 









IZINKAN KAMI BERSINAR 1.0


Program Izinkan Kami Bersinar 1.0 telah menjadi sejarah yang banyak menjadi kayu ukur dalam memperbaiki program yang akan datang. Ia merupakan pengalaman pertama bagi ahli-ahli SISKOR 08 dalam mengendalikan program dengan kerjasama antara pihak sekolah termasuklah SMK Mengabang Telipot, SMK Kompleks Gong Badak, dan SMK Padang Kemunting.

Tambahan pula, program ini dapat meluaskan pengetahuan am dan juga menjalinkan hubungan kasih sayang antara ahli SISKOR dengan komuniti. Program ini telah menjadi titik kejayaan untuk terus bergiat aktif dalam badan unit beruniform. 








LAWATAN KE PENJARA PENGKALAN CHEPA, KELANTAN


Terdapat pelbagai pengisian yang bermanfaat terutamanya ilmu berkenaan kepenjaraan yang disampaikan oleh pegawai penjara Pengkalan Chepa kepada ahli anggota SISKOR yang hadir. 

Antara ilmu yang dikongsikan ialah peringkat hukuman yang dikategorikan mengikut warna pakaian banduan yang mempunyai 7 peringkat iaitu baju ungu, putih, merah, hijau, hijau terang, putih dengan kolar dan lengan merah serta baju oren yang belum dikategori sebagai banduan kerana ia masih dibawah tahanan polis sepenuhnya. Peringkat dan warna pakaian adalah berlainan mengikut tempoh tahanan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Taklimat seterusnya, kami diberi pencerahan tentang bagaimana banduan-banduan tersebut menjalani kehidupan di dalam penjara. Hal ini kerana persepsi setiap individu mengenai kehidupan di dalam penjara adalah berbeza, berada di dalam penjara menyekat seseorang dari merasa kebebasan hidup.

Akhir sekali, kami diberikan penerangan tentang tugas-tugas sebagai ahli SISKOR untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepenjaraan yang bukan sahaja sebagai tempat menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah malah penjara merupakan tempat pemulihan insaniah.







KOLABORATIF DUA HALA ANTARA SISKOR UNISZA DAN SISKOR UTHM


Program ini merupakan anjuran SISKOR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di mana ia adalah kesinambungan program antara SISKOR UniSZA dan SISKOR UTHM sebelum ini. Program ini diadakan pada 24 oktober sehingga 27 oktober 2019 bertempat di Pusat Minda Emas (Pumas), Johor. 

Program ini melibatkan anggota SISKOR 07 dan 08 serta beberapa orang ahli dari setiap beruniform yang lain iaitu PALAPES Udara, SUKSIS, Askar Wataniah, Bomba dan Penyelamat dan lain-lain. 

Program ini banyak menerapkan unsur-unsur kekeluargaan di mana kebanyakan aktiviti yang diadakan memupuk sifat kerjasama walaupun para ahli anggota dari pelbagai latar belakang  dan universiti yang berbeza.








PROGRAM EKSPEDISI 1.0 - PENDAKIAN BUKIT KELUANG


Program Ekspedisi SISKOR 1.0 ini telah diadakan di Bukit Keluang di mana anggota SISKOR 08 telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Di samping itu, dengan adanya program seperti ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan antara anggota SISKOR.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi Koreksional UniSZA yang proaktif dan sihat tubuh badan.












GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI BUKIT KELUANG


Program gotong-royong ini telah diadakan di pantai berhampiran Bukit Keluang, Besut. Program ini dilaksanakan selepas mendaki Bukit Keluang. Ia mendatangkan kesan yang positif terhadap ahli anggota di mana mereka dapat menikmati pemandangan yang indah agar dapat mengurangkan tekanan terhadap pelajaran.

Selain itu, mereka dapat mencipta kenangan manis antara ahli dan pada masa yang sama dapat menerima aura positif seperti semangat kerjasama dan mengambil berat sesama sendiri serta mengeratkan hubungan siraturahim.

Akhir sekali, program ini telah memupuk sifat cinta terhadap alam sekitar dalam diri semua ahli.








ANNUAL CAMP 2.0


Annual Camp SISKOR merupakan Program Tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 2020, ia melibatkan  ahli Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional UniSZA Siri 07 dan 08 bersama para jurulatih. Program ini dilaksanakan pada 14 hingga 17 Januari 2020 di Pusat Latihan Penjara, Terengganu.

Annual Camp SISKOR 2.0 ini dilaksanakan dengan meliputi pelbagai aktiviti kemasyarakatan & aktiviti yang melibatkan kepenjaraan seperti melawat Penjara Marang, Terengganu dan bertemu sendiri dengan para penghuni dan pegawainya.











KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI


Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional UniSZA (SISKOR) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi yang dikendalikan sendiri oleh Majlis Tertinggi & Induk SISKOR Sesi 2019/2020.

Kursus ini dijalankan bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan  kepada ahli-ahli SISKOR tentang perkara-perkara yang perlu diambil berat dan perlu dicakna dalam sesuatu organisasi serta dalam pengurusan program dan majlis.







UNISZA FITNESS DAY (UNIFID) DAN UNISZA
CO-CURICULUM DAY (UNICOD)


Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) telah mengadakan UniSZA Fitness Day 3.0 (UNIFID) dan UniSZA Co-curiculum Day (UNICOD) dengan kerjasama Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional UnisZA (SISKOR) di mana semua aktiviti melibatkan Berpakej dan Tidak Berpakej.

SISKOR berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Malahan, beberapa ahli SISKOR berjaya meraih kejayaan dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan.

Oleh itu, ahli-ahli yang tidak bertanding juga melibatkan diri dengan memberi sorakan bagi meningkatkan semangat para pemain dari SISKOR. . 
Program ini telah mengeratkan hubungan siraturahim antara SISKOR dengan badan beruniform yang lain.













 

UNITED CAMP UNICOD 4.0


Pada 28 November 2019, seramai 10 orang peserta ahli SISKOR telah terpilih bagi menyertai program ‘UNITED CAMP’ anjuran Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) di mana seramai 100 orang pelajar dari unit beruniform yang berbeza. United Camp ini telah diadakan selama tiga hari bertempat di Kem Merang, UniSZA dan pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan di sana seperti ‘night war’, ‘night walk’, ‘water confident’, dan meredah paya bakau.

Natijahnya, pelbagai cabaran dan pengalaman yang diperoleh mematangkan diri agar menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta mengajar erti kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh setiap individu. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Teruslah mencari peluang dalam kehidupan agar dapat berbakti kepada nusa dan bangsa seterusnya menjadi mahasiswa holistik yang cemerlang intelektual dan mantap spritual kerana ia merupakan tunjang kepada aset sesebuah negara.

 






 
 
 
 

JOM JELAJAH MASJID


Program Jom Jelajah Masid telah diadakan pada 15 februari 2020. Seramai 8 orang wakil daripada SISKOR yang melibatkan diri dalam membersihkan masjid. Program ini berjalan dengan lancar.

Perkara ini menunjukkan bahawa kerjasama yang baik antara sukarelawan dengan masyarakat sangat bernilai dan dapat dijadikan sebagai rujukan masyarakat. Melalui program sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. 







SUKARELAWAN LPPKN BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG
TOK JEMBAL DAN KAMPUNG KUBANG BADAK


Pada 1 Februari 2020, beberapa orang wakil daripada SISKOR telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan membersihkan pantai. Program tersebut berjalan dengan lancar dan semua anggota SISKOR telah memberikan kerjasama yang baik dengan komuniti Kampung Tok Jembal dan Kampung Kubang Badak.

Melalui program ini, SISKOR telah menunjukkan bahawa ianya sangat penting untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat. Melalui program ini, SISKOR telah menjadi rujukan masyarakat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.



 







KEM KEPIMPINAN PENGAWAS KEMBARA PEJUANG
VOLUME 1 - SMK CHENDERING


Pada 6 Februari hingga 8 Februari 2020, SISKOR 07 telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas Kembara Pejuang Volume 1 yang disertai oleh pelajar-pelajar SMK Chendering.

Program ini diadakan untuk mendidik dan melatih para pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.










KEM KEPIMPINAN PENGAWAS KEMBARA PEJUANG
VOLUME 2 - SMK PADANG NEGARA


Pada 5 Mac sehingga 7 Mac 2020, SISKOR 07 telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Kembara Pejuang pada kali kedua di mana kali ini melibatkan pelajar SMK Padang Negara.

Pelbagai aktiviti telah diadakan yang banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta program ini. Secara tidak langsung, program ini dapat membentuk para peserta menjadi pemimpin yang lebih baik dalam memikul tanggungjawab mereka.









DIALOG MAJU BERSAMA "WAWASAN KEMAKMURAN
BERSAMA 2030"


Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai program Dialog Maju Bersama "Wawasan Kemakmuran Bersama 2030" yang dianjurkan oleh Kelab Altruistik UniSZA dengan kerjasama NGO Peduli Terengganu pada 6 Februari 2020 bertempat di Auditorium Perpustakaan UniSZA. Seramai 25 orang wakil daripada SISKOR UniSZA terlibat dengan program tersebut.






TEORI KELAS SENJATA API DAN UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK


Ahli-ahli SISKOR Siri 07 telah berjaya menamatkan kelas teori senjata api bertempat di Pusat Latihan Penjara, Terengganu. 

Mereka juga telah berjaya menamatkan serta lulus ujian kemahiran menembak yang dilakukan di Pusat Latihan Polis, Dungun pada 29 Februari 2020.

Kelas teori senjata api dan ujian kemahiran menembak ini adalah penting bagi setiap individu ahli SISKOR sebelum mereka ditauliahkan sebagai Inspektor Penjara.








MOVIE NIGHT


Pada malam hujung minggu bertarikh 5 Mac 2020, ahli-ahli SISKOR 08 telah menganjurkan “Program Movie Night” yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, UniSZA. Filem yang ditayangkan bertajuk "Make Me Shudder 2" yang merupakan filem komedi dan seram.

Di samping itu, terdapat juga jualan makanan dan minuman kepada para penonton. Tayangan ini telah mendapat sambutan dari pelajar UniSZA terutamanya penghuni kolej kediaman. Kebanyakan dari penghuni kolej kediaman menunjukkan rasa berminat untuk meluangkan masa hujung minggu mereka datang menonton tayangan filem ini. 

Program ini diakhiri dengan penyampaian cabutan bertuah kepada para penonton.













UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) 


Pihak Kolej Kediaman, Kesihatan Pelajar UniSZA, Pusat Sukan dan Rekreasi, serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengadakan program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) tahun 2020. 

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan mahasiswa/i di samping melahirkan para graduan yang sihat fizikal dan mental. Program ini telah dijalankan melalui beberapa siri secara mingguan yang dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Program ini diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 1, sesi 2019/2020 di mana melibatkan semua anggota SISKOR 08.









SHARE WITH CARE: UNISZA BERSAMA UMK


Seramai 31 orang warga SISKOR UniSZA telah terlibat dengan Program Share With Care: UniSZA Bersama UMK di Kelantan. Program ini telah mewujudkan hubungan kolaborasi antara pengurusan UniSZA dengan UMK.

Melalui program ini, para anggota SISKOR telah menyemai nilai-nilai murni dan integriti dalam mendorong menjadi pegawai yang beretika.

Latihan dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan bagi melatih para pelajar membuat kertas kerja sesuatu program dan juga tentang pengurusan program.












PELANCARAN MODUL PAROL


Pada 3 Oktober hingga 5 Oktober 2019, SISKOR 07 telah terlibat dengan program Pelancaran Modul Parol. 

Tujuan asal modul ini diterbitkan adalah untuk menjadikan SISKOR di universiti awam negara ini mampu untuk memberikan nasihat, bimbingan, dan kaunseling secara sukarela kepada Orang di Parol (ODP) serta masyarakat. Hal ini demikian kerana setiap manusia perlu saling menasihati antara satu sama yang lain bagi melahirkan situasi yang muhibah dalam kalangan masyarakat.

Antara kesan program ini ialah ia mampu memberikan impak kepada masyarakat untuk memberikan peluang kepada mereka yang terlibat dengan jenayah kembali ke jalan yang benar.










JELAJAH KOREKSIONAL KOKURIKULUM SISKOR UNISZA KE PENJARA PRA BEBAS, DUSUN DATO MURAD


Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSZA telah mengadakan Jelajah Koreksional bagi Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad. Program jelajah tersebut melibatkan seramai 35 orang pelajar semester satu sesi 2016/2017.

Aturcara program dimulakan dengan taklimat ringkas kepenjaraan oleh Unit PPI, lawatan ke persekitaran kawasan agro dan diakhiri dengan sesi bergambar serta penyampaian cenderahati.

Objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional.








No comments:

Post a Comment