Pencapaian

MAJLIS TOKOH ANUGERAH SISWA UniSZA 2020

Pada 10 Mac 2021, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Tokoh Siswa UniSZA 2020 yang dilaksanakan secara atas talian di laman sosial Facebook Rasmi UniSZA. Terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Jutaan tahniah kepada saudari Nur Ain binti Mohd Sabirin, wakil Kor SISKOR Siri 08 yang telah berjaya merangkul Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa UniSZA 2020 dalam kategori Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek.

Seterusnya, ucapan tahniah dan syabas juga diberikan kepada Kor SISKOR UniSZA Siri 06 yang telah berjaya memenangi dalam kategori Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang.

Manakala kategori Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik dimenangi oleh UniSZA ECO CAMPUS TEAM dan wakil Kor SISKOR Siri 07 iaitu saudari Nur Liyana binti And Gapar.

Seterusnya, bagi kategori Anugerah Pasukan Persatuan/Kelab/Sekretariat Terbaik dimenangi oleh Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA dan wakil Kor SISKOR Siri 08 iaitu saudari Nur Ain binti Mohd Sabirin. 

Syabas diucapkan kepada Muhammad Amirul bin Abd Rahaman, Kor SISKOR Siri 08 kerana tercalon dalam kategori Kepimpinan Sukarelawan (Alam Sekitar) dan Ahmad Iqbal bin Mohd Fadzli, alumni Kor SISKOR Siri 06 yang telah dicalonkan dalam kategori Anugerah Kepimpinan Persatuan/Kelab/Sekretariat. 

Buat mereka yang telah berjaya, tahniah diucapkan ke atas kejayaan yang diperolehi. Buat kalian yang belum berpeluang, jangan berputus asa dan tetaplah berusaha.








PENCARIAN IKON UNISZA PASTI TAHU 2020

Pada 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2020, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah menganjurkan program Pencarian Ikon UniSZA Pasti Tahu 2020 di mana seramai 30 orang peserta telah menyertai program tersebut.

Tiga pemenang telah terpilih:
JOHAN: Ahmad Iqbal bin Mohd Fadzli
NAIB JOHAN: Nur Dinie binti Shariffuddin
KETIGA: Muhammad Zulhaniff bin Mohamed Anas

Saudara Iqbal merupakan alumni Kor SISKOR Siri 06. Seluruh warga SISKOR amat berbangga dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan beliau.






PERTANDINGAN VIDEO KREATIF ANJURAN PPBU

Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA telah menganjurkan Pertandingan Video Kreatif yang melibatkan pelajar kor berpakej dan kor tidak berpakej. Tema pertandingan tersebut ialah  "Serlahkan Keprihatinan, Zahirkan Sokongan & Semarakkan Perpaduan Ke Arah Mahasiswa Unggul". 

Pertandingan ini telah menjadi sebuah platform kepada ahli-ahli SISKOR untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti yang ada dalam kalangan mereka.

Selepas mengumpul 'views' dan 'likes', SISKOR Siri 08 telah berjaya meraih Juara dalam pertandingan tersebut bagi kategori Teras Pakaian Seragam Bersenjata.
Video ini telah dibuat oleh ahli-ahli SISKOR 08 dengan kerjasama Media SISKOR (MESIS).






PELANTIKAN BARISAN PEMIMPIN PERWAKILAN PELAJAR BERUNIFORM UNISZA (PPBU) SESI 2020


Lima orang wakil dari SISKOR 08 telah dicalonkan untuk menjadi sebahagian daripada barisan pemimpin Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU). Mereka telah melalui beberapa prosedur termasuklah temu ramah dan membentangkan manifesto.
Empat orang daripada calon-calon tersebut telah terpilih dan seluruh warga SISKOR sangat berbangga dengan kejayaan mereka.










PELANTIKAN BARISAN PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISZA SESI 2019/2020

Selepas pembubaran Barisan Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA Sesi 2018/2019, pelantikan baharu dilakukan melalui undian pilihanraya di mana undian dilakukan oleh semua pelajar UniSZA.

Salah seorang daripada warga SISKOR 07 iaitu Muhammad Nur Aiman bin Mohd Lazim merupakan calon Barisan Pemimpin MPP UniSZA Sesi 2019/2020.

Beliau telah berjaya dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Mahasiswa. Seluruh warga SISKOR amat berbangga dengan kejayaan beliau.






LAWATAN KE PENJARA MARANG


Lawatan ke Penjara Marang oleh Jurulatih serta ahli Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dilakukan bagi memberi peluang kepada ahli SISKOR UniSZA menyelami dan memberi semangat kepada penghuni serta memupuk keyakinan mereka dalam mengubah hidup mereka. 

Lawatan ini juga dibuat untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli SISKOR UniSZA dalam menangani penghuni penjara. Lawatan ini dibuat bersempena Kem Tahunan Siswa Siswi Koreksional pada tahun 2020.






GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI BERSAMA KRT KAMPUNGGONG BALAI, MERCHANG, TERENGGANU


Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bekerjasama dengan penduduk Kampung Gong Balai, Merchang, Marang dalam program bergotong-royong membersihkan kawasan persisiran pantai. 

Program ini disifatkan mampu menyemai semangat bantu-membantu dalam kalangan ahli SISKOR UniSZA khususnya dan masyarakat amnya.






PERJUMPAAN BERSAMA DENGAN KETUA PENGARAH PENJARA MALAYSIA


Pada 30 Oktober 2019, dua orang wakil SISKOR 07 iaitu saudara Ahmad Naimi dan saudari Nur Liyana telah membuat perjumpaan bersama dengan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KJP Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar bagi mengemukakan cadangan serta membincangkan beberapa hal lain.

SISKOR UniSZA sering berjumpa dengan pihak atasan bagi mengemukakan cadangan dan mendapat sokongan dengan tujuan menaikkan nama SISKOR UniSZA serta mencapai visi dan misi Jabatan Penjara Malaysia.

Ini merupakan satu kelebihan yang diperoleh anggota SISKOR UniSZA apabila menyertai badan beruniform ini iaitu dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan agensi atau jabatan luar dengan prosedur yang betul.





MAJLIS PERBARISAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN KOR SISKOR PERINGKAT KEBANGSAAN


Seramai 24 mahasiswi KOR SISKOR Universiti Sultan Zainal Abidin telah menyertai Majlis Perbarisan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan KOR SISKOR peringkat kebangsaan bertempat di Maktab Penjara Kajang yang berlangsung daripada 31 Ogos - 8 September 2018.

Program ini juga disertai oleh Universiti Utara Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Selain untuk menyampaikan watikah pelantikan sebagai Inspektor Penjara kepada semua kadet KOR SISKOR, pelbagai pertandingan antara Universiti telah diadakan, dan berikut adalah keputusan penuh :-
  1. KOR SISKOR UniSZA dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN.
  2. Pertandingan Kawad, UniSZA merangkul anugerah JOHAN.
  3. Pertandingan Seni Pertahanan Tangkas Penjara (Sentap), UniSZA mendapat NAIB JOHAN.
  4. Anugerah Kepimpinan Kadet Siskor dirangkul oleh Nur Jannah Yusof daripada UniSZA.
  5. Nur Jannah Yusof juga diberi penghormatan sebagai Ketua Detasemen Bravo.
  6. Bagi pegawai kehormat pula, En Salman Lambak daripada PPHP dianugerahkan pangkat Kehormat Penguasa Penjara, manakala Puan Nur Khairani Abd Rawi juga daripada PPHP dianugerahkan pangkat Kehormat Timbalan Penguasa Penjara atas sumbangan penting kepada perkembangan Kor SISKOR di UniSZA khususnya dan universiti awam umumnya.
  7. Pertandingan Menembak Colt:-
  • Kumpulan : UniSZA tempat ketiga
  • Individu : UniSZA tempat ketiga - Zulyana Fitri Bt Zuhairy

Seramai 24 srikandi kesemuanya KOR SISKOR UniSZA telah menamatkan latihan selama 4 tahun dan dianugerahkan pangkat Inspektor Penjara.

Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan mengharumkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin.









MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN


Majlis Tamat Latihan & Pentauliahan SISKOR Universiti Awam 2019 telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia TJKP Dato' Jamaludin bin Saad [Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)]. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Terengganu dan Pengarah Penjara Marang. 

Kor SISKOR UniSZA berjaya merangkul juara keseluruhan buat kali ke-3 berturut-turut dari tahun 2017 sehingga 2019. Antara pencapaian yang dimenangi ialah Universiti Terbaik Keseluruhan, Johan Program Universiti Terbaik, Pelatih/Kadet Terbaik Keseluruhan dan Naib Johan Pertandingan Kawad, Naib Johan Malam Kebudayaan dan tempat ke-3 dalam Pertandingan Sentap.







LAWATAN KE CHIANGMAI WOMEN CORRECTIONAL INSTITUTION, THAILAND


Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah membuat lawatan ke CHIANGMAI WOMEN CORRECTIONAL INSTITUTION yang disertai ahli SISKOR 06 & 07. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena lawatan selama 7 hari tersebut. Antaranya lawatan ke tempat pemprosesan makanan yang dilakukan oleh banduan pre release serta Mobility Program dengan Maejo University.








PELATIH TERBAIK KESELURUHAN

Dalam acara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan SISKOR 2019, salah seorang anggota SISKOR 06 iaitu Luqman bin Md Reshad telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

Pentauliahan diadakan bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus kokurikulum SISKOR IPT.





 

UNISZA DAN UMT MENTERAI MOU BERSAMA PENJARA MARANG


Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengorak langkah proaktif apabila masing-masing menjadi universiti kedua dan ketiga memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Penjara selepas Universiti Malaya (UM).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) UniSZA, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata penyelidikan yang dilakukan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak universiti dalam membangunkan Rawatan Komprehensif Penagihan Opiate.

Beliau yang juga merupakan peneraju kumpulan penyelidik bagi Skim Geran Penyelidik Nic Kementerian Pendidikan (NRGS-KPM) berkata kajian dan kaedah perawatan dengan menggunakan air zam-zam dan herbatus sauda selain menghasilkan satu modul khas berkaitan yang akan dikenali sebagai i-Kasih.

"Kajian dengan menggunakan bahan tersebut adalah alternatif terbaru bagi mengurangkan pengambilan Methadon di kalangan para penagih.

"Kaedah yang kita lakukan ini lebih kepada perawatan secara Islam dan pada akhir kajian nanti, kita akan keluarkan satu indikator iaitu IQOL atau Islamic Quality of Life dengan harapan apa yang kita buat ini akan jadi alternatif perawatan dadah yang sedia ada," katanya selepas sesi lawatan dan menandatangani MoU berkaitan bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar di Penjara Marang di sini hari ini.

Menerusi MoU itu, UniSZA diberi geran bernilai RM5 juta untuk menjalankan projek dan kajian berkaitan tiga disiplin iaitu perubatan, pengajian Islam dan sosial sains dalam tempoh lima tahun.

Manakala, UMT yang akan menjalankan kajian berkaitan sifat kognitif dan kaunseling diberi geran sebanyak RM82,000 untuk projek selama tiga tahun yang dijangka bermula awal tahun depan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Omar Zulkifli berharap kerjasama yang terjalin bersama dua universiti itu akan memberikan impak positif terhadap usaha Jabatan Penjara untuk memulihkan banduan sebelum kembali menjalani kehidupan bersama masyarakat.

Katanya sebelum ini UM yang hanya menjalankan kajian berkaitan metadon dan pemulihan dari segi holistik bersama Penjara Kajang, kajian yang dilakukan oleh kedua-dua buah universiti dari Pantai Timur dengan kerjasama Penjara Marang ini lebih menyeluruh.

"Ketiga-tiga kerjasama ini (termasuk dengan UM) adalah dalam bentuk kajian yang berbeza dan menerusi persefahaman ini kita dapat menghasilkan impak yang besar untuk digunakan pakai bagi menangani permasalahan ini.

"Jikalau berkesan, berkemungkinan kita akan teruskan kerjasama ini pada masa depan termasuk di sekolah-sekolah dan sebagainya," katanya.













No comments:

Post a Comment