LATAR BELAKANG 


Jabatan Penjara Malaysia merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjadi tulang belakang negara dalam aspek menjaga keselamatan negara. Dalam mengorak langkah menjadi organisasi yang mendukung amanah yang diberikan oleh kerajaan dan masyarakat agar menjadi sebuah koreksional yang berdaya saing dalam menjana keselamatan negara terjamin serta dapat melahirkan warganegara yang lebih bertanggungjawab.

 

Kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan telah berjaya mewujudkan Pasukan Kadet Koreksional di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kemampuan melahirkan pelajar-pelajar koreksional di seluruh negara telah menjadi harapan jabatan untuk memperluaskan lagi jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar ditubuhkan Sukarelawan Muda Koreksional mahasiswa/mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

Dengan memperluaskan lagi Sukarelawan Muda Koreksional ini diharap ianya dapat menarik minat pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Tinggi untuk membantu Jabatan Penjara dalam merealisasikan hasrat Jabatan Penjara Malaysia untuk mendekatkan masyarakat dengan banduan dan ianya juga dapat memberi pendedahan kepada sukarelawan berkaitan misi dan visi jabatan penjara dalam memulihkan banduan di negara ini.

 

Sebenarnya keperluan ke arah ini telah lama wujud dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS dimana setiap tahun Jabatan Penjara Malaysia telah menerima permohonan daripada pensyarah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk membantu melaksanakan program pemulihan ke atas banduan mengikut kaedah yang mereka pelajari. Selain itu, terdapat juga permohonan daripada pusat-pusat pengajian universiti untuk menempatkan pelajar menjalani sesi praktikal di institusi penjara. Pihak jabatan ini juga sering menerima permohonan daripada pelajar IPT untuk menjalankan kajian dalam bidang koreksional. Menerusi peluang yang dibuka ini, Sukarelawan Muda Koreksional secara automatik akan mendapat peluang melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka yang dikategorikan sebagai sukarelawan di Jabatan Penjara Malaysia.

 

Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi Koreksional ini akan dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Staf, Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, dan latihan kepada sukarelawan akan dikendalikan oleh institusi latihan penjara yang berhampiran universiti berkaitan. Diharapkan dengan wujudnya pasukan sukarelawan ini ianya akan memberi impak positif kepada jabatan/universiti dan juga kepada negara dan dengan terjalinnya hubungan ini ianya akan mempercepatkan lagi proses Pelan Tranformasi Jabatan Penjara Malaysia untuk menjadi Agensi Koreksional Bertaraf Dunia pada Tahun 2020 dapat direalisasikan.




OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada siswa dan siswi untuk menjalankan aktiviti sukarelawan dalam bidang koreksional di institusi penjara, Sekolah Integriti, Parol, Pusat Kehadiran Wajib, Pusat Pemasyarakatan Penjara, dan Rumah Perantaraan yang dijalankan di Jabatan Penjara Malaysia.
  • Menggalakkan mahasiswa/mahasiswi mengadakan kajian ilmiah dalam bidang pengajian mereka di Jabatan Penjara Malaysia.
  • Menyemai nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi serta mendorong mereka menjadi pegawai yang beretika dan berintegriti dalam bidang pekerjaan mereka pada masa hadapan.

VISI DAN MISI

Visi - Melahirkan siswa/siswi sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepenjaraan dan koreksional serta keterampilan diri yang menepati keperluan masyarakat.


Misi - Menjayakan misi negara untuk mewujudkan siswa/siswi yang prihatin kepada masyarakat dan menyumbang kepada ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat.







TENAGA PENGAJAR SUKARELAWAN SISWA SISWI KOREKSIONAL (SISKOR)


PENAUNG
Penolong Komisioner Penjara (Kehormat) Ismail Bin Musa

KOMANDAN
Penguasa Penjara (Kehormat) Syarilla Iryani Binti Ahmad Saany

TIMBALAN KOMANDAN 1
Timbalan Penguasa Penjara (Kehormat) Salman Bin Lambak

TIMBALAN KOMANDAN 2
Timbalan Penguasa Penjara (Kehormat) Norkhairani Binti Abdul Rawi

PEGAWAI AJUTAN SISKOR UNISZA
Ketua Inspektor Penjara (Kehormat) Mohamad Nur Fuadi Bin Pargi

PEGAWAI AJUTAN SISKOR UNISZA
Inspektor Penjara (Kehormat) Mohd Ishaq Bin Md Nasir

PEGAWAI AJUTAN SISKOR UNISZA KAMPUS KOTA
Ketua Inspektor Penjara (Kehormat) Ahmad Fauzi Bin Md Amin

PENYELIA
KIP

BARISAN JURULATIH SISKOR UNISZA
Sarjan Mohd Razwi Bin Mohd Yusof
Sarjan Muhammad Muaz Bin Abdul Rahim
Sarjan Che Mohd Syahdan Bin Che Husin
Sarjan Nazatul Zurina Binti Zainudin


MAJLIS TERTINGGI INDUK SUKARELAWAN SISWA SISWI KOREKSIONAL (SISKOR) UNISZA SESI 2023/2024


PENGARAH
Ikram Bin Azham

TIMBALAN PENGARAH (KESELAMATAN DAN KOREKSIONAL)
Muhammad Azman Bin Ahmad Jefri

TIMBALAN PENGARAH (PEMASYARAKATAN)
Muhammad Amru Bin Omar

TIMBALAN PENGARAH (PROFESIONALISME DAN PENGURUSAN)
Noraini Binti Wahid

NAIB PENGARAH
Ahmad Zufar bin Meor Shariman

SETIAUSAHA AGUNG
Siti Aisyah Binti Mohd Khairul Annuar

SETIAUSAHA KERJA 1
'Izzatul Mursyida Binti Mohamad Azroin

SETIAUSAHA KERJA 2
Muhammad Hafiz Zuhdi Bin Suhaimi

BENDAHARI
Zahra Nazwa Bini Mohd Rusli

TIMBALAN BENDAHARI 1
Raja Muhammad Khairul Ikhwan Bin Raja Abdul Rasyid

TIMBALAN BENDAHARI 2
Siti Aisyah Binti Abu Hasan

KETUA EXCO MULTIMEDIA DAN PROMOSI
Siti Nor Elya Elyana Binti Abdullah

TIMBALAN EXCO MULTIMEDIA DAN PROMOSI
Muhammad Iqbal Bin Buhairi

KETUA EXCO PROTOKOL DAN DISIPLIN
Aisyah Irdina Binti Badrul Hisham

TIMBALAN EXCO PROTOKOL DAN DISIPLIN
Siti Shahirah Binti Jebrel

KETUA EXCO AKTIVITI DAN LATIHAN
Muhammad Taqiuddin Bin Niza

TIMBALAN EXCO AKTIVITI DAN LATIHAN 1
Siti Syahirah Chew

TIMBALAN EXCO AKTIVITI DAN LATIHAN 2
Nur Irdina Binti Mohd Jaafar

TIMBALAN EXCO AKTIVITI DAN LATIHAN 3
Muhammad Hairun Bin Sallahuddin

KETUA EXCO SUMBER MANUSIA DAN HAL EHWAL PELAJAR
Siti Nor Hasyimah Binti Mohamad Nordin

TIMBALAN EXCO SUMBER MANUSIA DAN HAL EHWAL PELAJAR
Muhammad Shafizal Haikal Bin Azmi

KETUA EXCO PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
Noorizatie Binti Jumali

TIMBALAN EXCO PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT 
Siti Nuramirah Binti Kadir

KETUA EXCO AKADEMIK
Nur Damia Aqilah Binti Zainuddin

TIMBALAN EXCO AKADEMIK
Seri Athirah Binti Muhammad Zakiyyuddin


MAJLIS TERTINGGI PERINGKAT SUKARELAWAN SISWA SISWI KOREKSIONAL (SISKOR) 10 KAMPUS GONG BADAK SESI 2023/2024


YANG DIPERTUA 11
Raja Muhammad Khairul Ikhwan Bin Raja Abdul Rasyid

TIMBALAN YANG DIPERTUA 11
Nurul Nabila Binti Mat Sahar

SETIAUSAHA 1
Nik Norsyazana Binti Mohd Sani

SETIAUSAHA 2
Muhammad Najmi Bin Abdul Razak

BENDAHARI 1
Mohammad Maulana Syamra Bin Syamsunar

BENDAHARI 2
Siti Nur Umairah Binti Md Ellizam

EXCO AKTIVITI
Muhammad Syauqi Asyraf Bin Zulkafli

EXCO DISIPLIN DAN KEBAJIKAN
Amal Hayati Binti Mohd Hussain



MAJLIS TERTINGGI PERINGKAT SUKARELAWAN SISWA SISWI KOREKSIONAL (SISKOR) 04 KAMPUS KOTA SESI 2023/2024


YANG DIPERTUA 04
Nur Irdina Binti Mohd Jaafar

TIMBALAN YANG DIPERTUA 04
Siti Aisyah Binti Abu Hasan

  SETIAUSAHA 1
Hanin Syakirah Binti Mohd Zainuddin

 SETIAUSAHA 2
Nur Quratul Ain Binti Mohd Faizal

  BENDAHARI 1
Nur Atifah Husna Binti Muhammad Zakaria@Zakari

BENDAHARI 2
Nurul Atikah Syahirah Binti Mohd Sukri

  EXCO AKTIVITI
Wan Nursyafiqah Alia Binti Wan Mohd Radzi

 EXCO KEBAJIKAN DAN DISIPLIN
Nurul Hafidah Binti Abdul Mukmin



MAJLIS TERTINGGI PERINGKAT SUKARELAWAN SISWA SISWI KOREKSIONAL (SISKOR) 11 KAMPUS GONG BADAK SESI 2023/2024


YANG DIPERTUA 12
Muhammad Hairun Bin Sallahuddin

TIMBALAN YANG DIPERTUA 12
'Izzatul Mursyida Binti Mohamad Azroin

 SETIAUSAHA 1
Muhammad Hafiz Zuhdi Bin Suhaimi

 SETIAUSAHA 2
Nur Batrisyia Binti Mohd Yusoff

 BENDAHARI 1
Nur Liyana Binti Mohd Azri

 BENDAHARI 2
Muhammad Hasif Zulhilmi Bin Ismail

EXCO AKTIVITI
Muhammad Iqbal Bin Buhairi

EXCO DISIPLIN DAN KEBAJIKAN
Muhammad Ilyas Bin Mohd Faisal









SENI TANGKAS PENJARA (SENTAP)


Seni Tangkas Penjara (SENTAP) diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha untuk memperlengkapkan pegawai-pegawainya dalam pelbagai disiplin ilmu kepenjaraan. SENTAP mula diperkenalkan pada 28 Oktober 2002. Sebelum wujudnya nama SENTAP ini, seni mempertahankan diri ini dikenali sebagai Gerak Tangkas Penjara (GTP). Walau bagaimanapun panggilan GTP telah diganti kepada SENTAP yang diilhamkan sendiri oleh Yang Berbahagia Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Perubahan nama ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dengan penggunaan singkatan bagi panggilan unit keselamatan lain seperti Group Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia dan Gerak Khas (GK) Polis Diraja Malaysia.

 

SENTAP adalah hasil daripada kombinasi beberapa seni mempertahankan diri yang terdiri daripada Seni Silat Melayu, Tae Kwan Do, Muay Thai dan teknik "Control And Restraint" (C&R).

 

SENTAP diperkenalkan sebagai modul seni mempertahankan diri Jabatan Penjara Malaysia yang diimplimentasikan oleh seluruh anggota penjara seluruh negara.

 

Antara tujuan utama ianya diperkenalkan:

  • Memperkasakan jati diri anggota penjara dengan sifat keberanian, tegas, tidak mudah panik dengan situasi yang cemas serta bijak menangani kejadian yang tidak diingini.
  • Melatih anggota penjara dengan disiplin diri yang tinggi, sabar dan penampilan diri yang kemas.
  • Membolehkan semua anggota penjara dapat mempelajari tanpa syarat yang tertentu.

 

 

Seramai 10 orang pegawai penjara dari seluruh Malaysia yang dikenalpasti mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang seni mempertahankan diri dikumpulkan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PULAPEN), Taiping, Perak. Kumpulan pegawai ini telah mengadakan perbincangan baik secara teori mahu pun praktikal berkenaan gabungan seni mempertahankan diri yang paling sesuai untuk dimasukkan sebagai komponen SENTAP yang digunakan oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.

 

Modul SENTAP menjadi silibus wajib kepada semua peserta Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (KSMPP) yang dijalankan baik di Maktab Penjara Malaysia (MPM) mahupun di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) sehingga ke hari ini. Kumpulan pelatihan KSAPP Siri 2/2002 di PULAPEN merupakan kumpulan pegawai penjara yang pertama mempelajari SENTAP.

 

SENTAP sewajarnya perlu dipelajari dan dipraktikkan oleh semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Matlamatnya agar semua staf dapat bersedia dan mahir dalam teknik ini sebagai menangkis sebarang tindakan pesalah/banduan yang boleh memudaratkan diri sendiri atau pihak awam.

 

 
















 

 

 

PENGURUSAN PROGRAM

Menguruskan program ini tidak semudah seperti apa yang kita bayangkan. Pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui bermula dari sebelum program iaitu perbincangan dan perancangan program sehinggalah selepas program. Namun begitu, kita tidak sepatutnya mengeluh dan berputus asa sepanjang program berlangsung kerana ia merupakan pengalaman yang amat bermakna yang akan dilalui oleh seseorang yang bergelar mahasiswa.

Kor SISKOR telah mempelajari pelbagai ilmu sepanjang proses menguruskan program sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat beberapa unit yang ditubuhkan di mana setiap unit tersebut akan saling berkerjasama bagi menghasilkan program yang berimpak besar. Antaranya adalah unit protokol dan disiplin, unit perhubungan luar, unit aktiviti, unit logistik dan sebagainya. 

Setiap unit mempunyai fungsi dan kelebihannya sebagai contoh, unit protokol dan disiplin akan belajar tentang cara-cara mengendalikan majlis rasmi atauu tidak rasmi mengikut adat, kesopanan, dan keharmonian. Hal ini juga secara tidak langsung dapat meyemai nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi seterusnya mendorong setiap anggota agar menjadi seorang yang beretika dan berintegriti dalam bidang pekerjaan pada masa hadapan.






KEUSAHAWANAN

Keusahawanan ialah aktiviti di mana seseorang individu menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Ini boleh menyebabkan pertubuhan-pertubuhan baru yang menggiatkan organisasi yang matang dalam respons kepada peluang yang ada.

Menjadi seorang usahawan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk berjaya. Selain itu, usahawan juga perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan dalam diri dan bijak mencari peluang. Justeru, pihak kor SISKOR UniSZA telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan satu unit keusahawanan bagi membantu mahasiswa/mahasiswi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Hal ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan jati diri setiap ahli anggota kor SISKOR dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya selain membantu menambahkan hasil pendapatan kor SISKOR dan juga individu itu sendiri.

Selain itu, unit tajaan telah menjalankan aktiviti perniagaan di mana ia juga merupakan salah satu medium untuk anggota kor SISKOR belajar cara-cara mengendalikan perniagaan dengan menjalankan aktiviti berjual beli bagi menampung kos perbelanjaan bagi sesuatu program yang dijalankan. Hal ini secara tidak langsung telah menyemai sifat nilai-nilai murni dalam setiap anggota kor SISKOR iaitu sikap bertolak ansur dan saling berkerjasama dalam membantu untuk menjayakan sesuatu program yang memerlukan kos perbelanjaan yang agak tinggi. Oleh itu, nilai keusahawanan ini amat penting dalam membantu setiap anggota kor SISKOR supaya menjadi lebih bersabar dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan serta sentiasa berdisiplin dalam melakukan setiap perkara.






KESUKANAN

“Badan sihat minda cergas”, itulah cogan kata yang sering didengari oleh kita semua namun hanya segelintir masyarakat yang mengambil berat tentang perkara sebegini. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor tekanan ketika pertandingan atau dalam erti kata lain kekalahan dalam sesuatu pertandingan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan. Namun begitu, semangat kesukanan itu sangat penting kerana ia menggambarkan aspirasi atau etos bahawa aktiviti sukan bukan hanya untuk dipertandingkan semata-mata akan tetapi ia dapat memberikan suatu pengalaman yang amat bermakna di mana ia tidak boleh diterap melalui buku..

Sukan juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan anggota kor SISKOR. Selain memanfaatkan kesihatan tubuh badan, sukan juga dapat membantu ahli mempelajari nilai positif kehidupan seperti kegigihan, semangat berpasukan dan dedikasi agar terus maju dalam dunia yang berdaya saing. Nilai murni ini juga membantu melahirkan ahli yang serba boleh dan lebih yakin dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.






 

VIDEO SENTAP


VIDEO TARI WAJA



KEMAHIRAN MULTIMEDIA

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh dimanipulasi dan disebarkan melalui komputer dengan lebih mudah malah digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik.

Setiap aktiviti atau program yang dijalankan mesti melibatkan multimedia agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar dan meriah. Malah tanpa multimedia ini juga akan menyebabkan sesuatu aktiviti atau program menjadi kurang sempurna. Oleh itu, kor SISKOR telah menubuhkan unit multimedia atau lebih dikenali sebagai Media SISKOR (MESIS) yang bertanggunggjawab dalam setiap hal yang berkaitan dengan multimedia. 

Selain berperanan dalam mempromosikan SISKOR UniSZA, MESIS juga memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti atau program yang dijalankan. Sebagai contoh pihak MESIS bertanggungjawab dalam fotografi, membuat poster program serta video promosi bagi setiap aktiviti yang berlangsung. 








No comments:

Post a Comment